Berhenti Berharap

Hujan makin lama makin lebat. Seorang gadis baru sahaja memasuki 7 Eleven, sambil menjinjit beg. Hmm, beg untuk kain sembahyang, bisikku. Huh, Zarina, adakah aku sudah nekad untuk mengatakannya? Di satu sudut, aku bersendiri, merenung tindakan yang bakal dilewati.

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

******************************

“Meminang ni bukan benda main-main, kalau dah bertunang tu sudah terikat kiranya tau!”, Berapa das anak panah kat telinga aku sudah terkena leteran mak aku.

“Mak, itu tanda saya ikhlas, bukan anggap benda ini main-main”, aku cuba mempertahankan diriku.

“Kamu dah kenal sangat dengan perempuan tu?’, giliran bapa aku yang menyoal.

“Belum sepenuhnya, tapi saya tahu, dia terbaik buat saya”, balasku perlahan.

“Kenali dirinya dengan keluarganya, selidiki terlebih dahulu, sebelum dirimu menyesal di kemudian hari. Kelak bertunang, tiada sesalan buatmu”, ayat itu nyata membuatkan lidahku kelu untuk berkata.

“Bukan kami menghalang niatmu, tapi beringat sebelum melakukan apa-apa, memohon petunjuk dariNya, dan yang penting, sediakan diri kamu dulu”, sambung bapaku.

Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

******************************

“Assalammualaikum”, kataku sebaik sahaja memasuki 7 Eleven itu.

“Waalaikumsalam, oh, Azmi, ni nak beli apa lagi?”, balas Zarina, sambil tersenyum. Cantik, bisikku.

“Hari-hari membeli, bankrap saya nanti, tapi hari ni saya tak nak membeli, tapi nak meminta”, sengihku. Argh, ayat berterabur, lain nak dicakap, lain pula terkeluar.

“Minta? Ish, ada-ada saja awak ni, kalau kedai ni saya punya, sure, dengan kedai ni saya bagi”, gelak Zarina, tapi nyata gelaknya seketika cuma, setelah melihat wajahku yang tidak tenteram itu.

“Awak ok tak ni? Nak beli panadol? Musim hujan kan sekarang”, sambung Zarina. Hairan melihat reaksi aku yang sedemikian rupa.

“Zarina, tujuan saya ke sini, boleh tak saya minta alamat rumah awak”, soalku dalam resah.

“Erk? Nak buat apa alamat rumah? Takkan awak nak bagi Tv Lcd dengan saya? Wah, best ni, berapa inci?”, Aduh, ni saja-saja buat tak faham ka pula?

“Saya serius ni, saya nak pinang awak, saya tak tahu bila, tapi sekurang-kurangnya, ada alamat, mudah lah kerja saya, kan?”, dup dap dup dap, apalah reaksi dia ni.

“Jangan main-mainlah, sampai ke situ pula, ni memang nak panadol kan?”, Zarina, adakah anda cuba berdalih?

“Saya cakap benda betul ni, saya tak main-main. Tiada makna nak permainkan benda yang baik, saya ikhlas, betul ni”, aku cuba menyakinkannya. Zarina terkedu seketika. Entah apa yang bermain d fikirannya.

“Tapi, kenapa saya? Bukankah banyak lagi gadis yang lebih baik dari saya?”, Aku tersenyum mendengarnya.

“Awak, memang banyak gadis yang baik, tapi tak semestinya saya boleh bandingkan mereka dengan awak. Yang hanya mampu saya katakan, mata ini lebih kearahmu, dan biarlah saya memulakan langkah untuk ke arah yang baik, sebelum ianya terpesong dari niat asal”, terangku dengan panjang lebar.

Zarina hanya tunduk. Kemudian baru dia bersuara sambil tersenyum “Saya tinggal di Taman Mawar, itu yang mampu saya katakan, uppss, macam setuju pula”.

“Dah, jangan bergurau, awak ni suka sangat main kan?”, Sambung Zarina.

“Saya serius ni, saya tak main-main”, aduhai, bagaimana lagi hendak ku yakinkan dia ini?

“Iya? Ok”, gelak Zarina.

******************************

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Hujan masih lebat, berterusan membasahi diriku. Belum ada kata putus darinya, tapi memang aku rasa seolah-olah tiada harapan. Setapak demi setapak aku melangkah, kehairanan melihat aku bermandikan hujan. Hujan, bgiku engkau rahmat yang menemaniku.

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Adakah ini pengakhirannya buatku? Biarlah, aku redha apa yang berlaku. Ku berserah kepadaNya, biarlah diri ini, berhenti berharap.

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku

“Assalammualaikum”, tiba-tiba satu suara menegurku.

“Waalaikumsalam”, balasku kehairanan, rupanya seorang budak kecil yang memberi salam. Mukanya seperti pernah kulihat, tapi aku kurang pasti di mana.

“Abang ni ok tak?”, soalnya. “Mestilah ok, kenapa?”, ish, dari mana asal budak ni aku pun tak tahu.

“Abang jangan nak tipu, dosa. Ala, cool la bang, akak tu pun tak cakap tidak tadi, dia tu cuma berserah jodohNya dengan Allah. Kalau benar dia tercipta untuk abang, InsyaAllah, tak ke mana. Janganlah sampai nak berhenti berharap. Selagi dia belum ketemu seseorang, berharaplah, cuma jangan melebih”, Erk? Aku kena ceramah ka ni?

“Kalau akak tu baik sangat, abang kenalah jadi baik, sebab, yang baik adalah untuk yang baik. Berusaha menjadi yang terbaik, supaya taraf abang dengan akak tu sama di luh mahfuz, jika benar akak itu yang abang idamkan. Lagipun abang kan dah usaha, tinggal doa dan tawakal menjadi senjata”, menyambung lagi dia.

“Yang penting, jangan jadi nakal. Pantang dengar ada gadis kiut, mula mencari lah tu. Abang jangan jadi macam saya tau”, katanya sambil berlalu pergi.

Hmm, kalau dah cakap begitu, dah tahulah siapa. Namun, aku mengiyakan katanya, jangan berhenti berharap!

SCemanoti : Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

0 komentar:

Posting Komentar